Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji-pujian selayaknya untuk Allah empunya semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Muhammad s.a.w.
firman Allah yang bermaksud..
"lalu Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. dan sesungguhnya itu benar-benar sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui. dan (ini) sesungguhnya Al-Quran yang sangat mulia. dalam kitab yang terpelihara (lauh mahfuz). tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. diturunkan dari Tuhan seluruh alam". Al-Waqiah 75-80
Al-Quran merupakan mukjizat yg berbentuk firman-firman Allah, yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w dalam bahasa arab menggunakan perantaraan saidina jibril a.s. Ganjaran kepada mereka yang membaca dan hikmah pada yang mengambil intipati, menyelami akan makna-maknanya, lantas mengadunkan dalam kehidupan.
Al-Quran tatkala dibaca, direnung maknanya, maka petunjuk lah hasilnya. Al-Quran, isinya digali oleh sang fakeh, maka hukum-hukum lah khazanahnya. Al-Quran, kalimah-kalimah padanya dikaji oleh sang pencinta sastera arab, maka lahirlah tatabahasa pelengkap keindahan. Al-Quran, tatkala kebingungan menemani, maka padanyalah kembali akan segala permasalahan, rujukan pengurai kesusutan. Al-Quran, pengkhabaran peristiwa, menjadi iktibar, menjadi panduan, menjadi peringatan. kepada mereka yang punya akal kewarasan.
Namun, disamping semua itu, pernahkan kita terfikir dikala penglihatan menikmati liuk lentok penulisan di lembaran mushaf Al-Quran akan kisah disebaliknya. Kisah ataupun rentetan kepada terhasilnya mushaf yg tersedia ada sekarang, yang pasti perjalanan kepada realiti meninggalkan berbagai sejarah yang membenihkan rasa keagungan kepada yang empunya realiti dan sejarah tersebut.
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kekasihNya, lantas dihafal dan disampaikan kepada para sahabat r.h.m dan juga lantas dihafal. Namun apakah punca ataupun peristiwa kepada pembukuan Al-Quran? adakah sahabat semasa bersama nabi muhammad s.a.w menulis Al-Quran selain menghafalnya? jika ditulis dan dibukukan adakah ianya seperti mana yang kita lihat sekarang? jika ditulis apakah jenis penulisan yang digunakan? jika ditulis, dimanakah ditulis penulisan al-Quran tersebut? adakah seperti mana kertas helaian yang wujud di zaman kita sekarang? dan jika ianya ditulis, siapakah mereka yang terlibat dalam penulisannya? yang pastinya, jawapan kepada kesemua persoalan tersebut akan menatijahkan pengenalan yang lebih mendalam terhadap mushaf Al-Quran.
Al-Quran yang seperti sudah kita semua maklum, mempunyai berbagai-bagai bacaan(qiraat). jadi, mengapakah wujud kepelbagaian bacaan tersebut? tidakkah kepelbagaian itu sedikit sebanyak tidak melambangkan penyatuan ummah? adakah kepelbagaian tersebut dapat menyumbangkan sesuatu kepada umat islam? apakah hikmahnya? apakah rahsia disebalik semuanya? Imam-imam Qiraat, perawi-perawi bagi imam Qiraat! siapa mereka? apakah rupa perbezaan bacaan yang wujud diantara mereka? mengapa sejarah menisbahkan bacaan sesuatu Qiraat kepada mereka walhal kesemua bacaan dari nabi? nah! persoalan demi persoalan mengasak minda, menuntut diri mencari jwapan sebagai penawar, buat diubati segala asakan..Namun yang pasti, jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut akan membuahkan lagi cinta kita terhadap kalam Allah. Al-Quran yang disebaliknya keindahan yang akan sama-sama kita rungkaikan.
Oleh yang sedemikian, moga dengan izin Allah, selain dari tujuan asal penubuhan blog ini, saya akan jadikan laman blog ini sebagai tempat untuk kita sama-sama lebih mengenali mushaf Al-Quran yang kita tatapi sekarang, mengetahui ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran, dan juga dapat sama-sama kita terokai keindahan pada rahsia di sebalik pengalunannya. Moga-moga ianya memberi manfaat dan panduan kepada pembaca. Juga suka untuk saya perjelasakan, idea untuk menghasilkan entri-entri yang berkaitan tentang ilmu Al-Quran ini, adalah bersumberkan dari pengajian saya di tahun akhir pengkhususan Al-Quran & Qiraat, Oleh itu, methodologi penulisan serta jalan penceritaan lebih mirip kepada kitab pengajian saya.
Oleh itu sebagai pengakhirannya, semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi penyebab kepada redha Allah dan keampunanNya terhadap kita semua. Moga-moga ianya bermanfaat kepada pembaca dan juga penulis khususnya.
ArullFauzi
Shoubra, kaherah
11 JANUARI 2011
11.15 pagi.nota:
penulis akan memulakan langkah kakinya ke jordan, syria, lubnan dan turki tidak lama lagi, jd, kita akan smbung perbincangan kita perihal ilmu AQ ini sekembalinya dari vacation ini, buat masa sekarang, tggukan kemunculan entri-entri perkongsian penulis tentang pengalamannya mengembara..hehehe
siap ade nota bwh tu...cepat2 smbng ea..nak tau.. hehe...ni bru pendahuluan..
ReplyDelete~have a safe journey...ahlan2 ke jordan..~
hanis najwa nak sruh ana bwak g irbid ke??tp syarat dia kena blanje r...hhahaha
ReplyDeletecihh lakak mer...hahaha..
ReplyDeletehanis najwa- iye..tggukan kemunculan entri pengmbaraan sy, yg sy pasti ianya 'hot'..hahahah
sedak weh dio....
ReplyDeletenak derak pah ko turki....^^
balik pahni sambung la kesoh nie...tertarik jgk ambo..hehe
jie- cari pengalaman jie... rul ajok doh oppa jie tuh,tp oppaa x bernafsu mno nok g..katanya jie! mslh tuh jie..haha.. i.Allah akn dismbung....
ReplyDeletesheikh...
ReplyDeleterasulullah SAW tlh brsabda
'MENATAP MUSHAF DN MEMIKIRKNNYA SERTA MEMPELAJARI DR KEANEHAN CERITANYA ADALH SEBAHAGIAN DRP IBADAT'
mesra al quran, brtandanglh kemuliaan.teruskn usaha supaya kita sama2 mendpt tempat di sisi-Nya.