KEHIDUPAN..



Apalah ertinya ijazah, masters, phD yang kita capai sedangkan kita masih terkapai-kapai untuk menunaikan tugas hakiki kehidupan?


Apalah ertinya nama yang tercatat dalam sejarah dengan tinta emas sekalipun sedangkan kita masih gagal menjalankan tugas rohani kita?


Pada usia tujuh tahun, kita mula bersekolah bagi mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Bagi menamatkan pendidikan hingga sekolah menengah, kita memerlukan tempoh waktu minimum 11 tahun, enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Namun sesetangah dari kita menyedai yang pembelajaran tidak hanya terhenti dengan berakhinya alam menengah.

Hambatan keadaan dan suasana zaman kini memaksa kita untuk melangkah lebih jauh, oleh itu ramai dikalangn kita yang belajar di universiti selama 4 tahun untuk mencapai sarjana muda. Segilintir juga masih lagi menyambung pengajian sehngga ke peringkat sarjana dan seterusnya doctor falsafah. Oleh itu, ada yang menghabiskan waktu selama hampir 20 tahun daripada sekolah rendah hingga mencapai peringkat doctor falsafah. Namun, adakah kita sedar setelah berakhirnya tempoh tersebut, adakh ianya seiringan kepada tercapainya juga misi dan tugas hidup kita…????

Jawapannya hanya ada pada sahabat sekalian, bagi saya ianya tentu sekali tidak, masih banyak tugasan yang menanti, kita perlu bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga, mendidik keluarga, menjadi pelindung kepada mereka dan ada dikalangan kita juga menganggap yg apabila pencen, dan setelah dewasanya tanggungan kita, berkerjayanya mereka, maka dengan itu berakhirnya juga lah tugas kita. Namun, benarkah seluruh kehidupan kita selesai sesudah kita menguruskan semua hal itu….????

Orang sering sekali mengukur kejayaan daripada aspek keduniaan, misalnya gelaran akademik yang disandang, jawatan yang dipegang, sejumlah wang di dalam bank, rumah besar dan kereta mewah. Ketaksuban mereka kepada sesuatu kejayaan yang nyata sering membutakan mata hati mereka untuk melihat sebuah kejayaan yang hakiki. Oleh itu, sedar tidak sedar, adakah mereka juga lupa bhawsanya kematian juga adlh merupakan sesuatu yang nyata dan pasti….????

Masalah duniawi dan rohani adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Mungkin ada yang orang yang berjaya melaksanakan tugas duniawi tetapi gagal dalam tugas rohani ataupon sebaliknya. Oleh itu kita sebagai makhluk yang memiliki dua dimensi, adalah wajar bagi kita memikul dua misi selagi mana nafas menyertai kita. Misi yang bersifat duniawi dngn berusaha mencapai kejayaan harta benda,dan juga misi rohani adalh dngn mendekatkan diri kepada Allah, menjadi makhluk yg benar-benar brtaraf hamba bg Allah, dan berusaha utk mengenali Allah,kerana Allah berfirman dalam surah az-zariyat ayat 21…

‘Ia berada dalam dirimu, mengapakah kamu tidak memerhatikannya’

Rasulullah juga mengingatkan kita ‘man arrafa nafsahu faqad arafa rabbahu’, barangsiapa yang mengenali dirinya maka ia pasti mengenali tuhannya. 


Perlu untuk kita sama-sama renungi dibulan yang mulia ini, moga-moga dngn keberkatan bulan yang mulia ini dapat dijadikan batu asas kepada perubahan pemikiran kita bahwasanya sebuah kejayaan yg sebenar lagi hakiki adalah terletak kepada mereka yang mampu untuk menggabungkan hala tuju keduniaan dan rohani…Moga-moga Allah menggolongkan saya dan sahabat sekalian dalam kalangn meraka yg benar-benar mencapai erti kejayaan yg hakiki..


‘Belajarlah, tp bkn untuk mengejar CITA-CITA, sebaliknya belajarlah untuk mengejar ERTI KEHIDUPAN’- Prof Dr Muhaya

‘Tujuan hidup yang hakiki adalah mendekatkan diri kepada Tuhan. Tujuan hidup seperti inilah yang memberikan manfaat, tidak hanya bagi tubuh tetapi juga bagi jiwa’- Prof Drs Muhammad Salleh


'Graduation is not the end, it's the beginning.’- Prof Dr……(hehe nok jgk)


Moga-moga peringatan ringkas ini bermanfaat kepada kita..     

 Salam Ramadhan.

menuju kejayaan yang hakiki