insan yang banyak mengajarkan aku erti kehidupan, menunjukkan aku jalan mengenal siapa diriku, pengorbananmu! susah payah dirimu berkorban, tabah mencari rezki tatkala terik mentari menjadi penemanmu..sungguh wahai ayah! aku kenang jasamu itu, akan ku buktikan aku layak bergelar anak kepadamu wahai si ayah..terima kasih ba..
wahai umi, wahai ba..
bilamana usiaku menjangkau 5 tahun, akal yang masih tidak mengerti apa-apa ini dikau paksa belajar mengenal alif, ba', ta'.. umi, perwatakan mu kian menunjukkan aura-aura kegarangan, insan kecil ini tergamak dirimu gertak, tengking bila apa yang diajari tidak dapat dikuti oleh ku.. ba, sungguh ku kecewa! dirimu tergamak hanya melihat tanpa belas kasihan anak kecilmu ini menangis meraih simpati.
bilamana kakiku melangkah ke alam sekolah, alhamdulillah 'surat kecil' sudah ku khatami, dikala itu aku sudah pun boleh berbangga kerana sudah berupaya membaca 'surat besar' dengan tanpa dibantu oleh sesiapa.. Namun, itu bukan bermakna kegarangan mu umi sudah berakhir, rupa-rupanya itu baru permulaan.. dirimu semakin galak, menengking dan kali ini tengkinganmu berpadu dengan rotan yang seringkali singgah di paha kecilku tatkala Al-Quran yang dibaca tersalah, yang menyedihkan lagi, ba juga yang sebelum ini hanya melihat sudah mula turut sama bergandingan dengan umi.. hati kecilku sentiasa merintih, ba umi tidak menyayangiku lagi.
Namun..........
setelah kini, umur dan jiwa dewasaku mempengaruhi pemikiran, baru ku sedari dan ku mengerti, sungguh diri mu umi ba betapa menyayangiku, dengan sebab rotan yg singgah di paha itu lah, ku kini menjadi aku, Dirimu umi ba mungkin sudah mampu tersenyum kerana dengan rotan yg kau singgahkan di pahaku itu lah diriku kini mampu mengalunkan Al-Quran dengan fasih, ku mampu menghafaz seluruh isi AQ, ku juga mampu berdiri di hadapan memimpin solat dan dirimu juga sering mendapat pujian dek anak mu yang serba kekurangan ini. tapi umi ba, jauh dalam sudut hatiku, aku tidak merelakan lagi dirimu berdua tersenyum dengan apa yang aku capai sekarang, sungguh ini hanya permulaan jalan kehidupanku! aku masih lagi tidak mencapai erti sebenar 'kejayaan'.
wahai permata hatiku..
Tunggulah saat dimana ku berjaya menggapai erti kejayaan yang sebenar, disaat itu senyumlah, dan banggalah terhadap anak mu ini, anak yang kau didik ini. aku hanya insan lemah yg mempunyai berbagai kelemahan, tetapi aku tidak akan sesekali menjadikan kelemahan itu penyebab untuk membuat dirimu berdua tidak mampu untuk tersenyum bangga melihat dan merasai kebahagian anakmu menikmati kejayaan yang sebenar-benarnya..
ke'bekeng'an dirimu berdua ku hargai* |
.......SEKIAN.........
ArullFauzi
Shoubra, kaherah
29 NOVEMBER 201O
2.30 petang
salam..
ReplyDeletedr hati nk ckp ni...mmg bakat mengarang awak tu mengancam!!!uwaaa..sedih je ble bce.. tp betol la kan...marah ibu bapa tu...tandanya sayang.. tandanya diorng nak jdkan kita ni anak yang berguna di masa hadapan...nice article..
ape2 pon...ni bru permulaan...msih pnjng ag perjalanan kita di hadapan..harap2..awak istiqamah dengan yang sekarang ni dan akn menambah baik ag...hehe..:)
suara hati ank umi ba mnyentuh...
ReplyDeletehati mi brdegup, brgenanglh si air mata lalu brderai membasahi pipi...abh memeluk mi erat. moga umi ba dianugerahkn 'mahkota' yg dijanjikn Allah di sana nanti.